Home Laman Utama UiTM News & Events
UiTM News & Events PDF Print E-mail
Written by Pembangunan Administrator   
Tuesday, 09 June 2009 09:56

Current News
UiTM Malaysia, Universiti Teknologi MARA
  • UiTM FC vs KL SPA
    Date : 3 April 2015
    Time : 4:45 p.m.
    Venue : Stadium UiTM Shah Alam
    Ticket : RM20/RM10

    UiTMFCvsKLSPA
    (Click to enlarge)

  • IPNI Scholar Award Recipients Announced for 2014

    The International Plant Nutrition Institute (IPNI) Scholar Award Program has once again expanded its reach by awarding Scholarships to 30 graduate students in 2014.

    The IPNI committee are pleased to announce that Suzie Haryanti Husain from the Faculty of Plantation and Agrotechnology, Universiti Teknologi MARA (UiTM) as one of 30 students to receive this international award. Each scholar receives a certificate, the equivalent of UShttp://www.uitm.edu.my/index.php/en/current-news?format=feed&type=rss,000, and they are welcomed as the latest additions to a prestigious group of young scientists who have demonstrated great dedication and promise within their respective careers.

    “We have had another record response to our Scholar Award program this year,” said Dr Terry L. Roberts, IPNI President. “The global representation of universities and the wide array of fields of study that were represented in this year’s submissions were impressive. The academic institutions these young people represent, and their professors and advisers, can be proud of their student’s accomplishments. Our selection committee adheres to rigorous guidelines in considering important aspects of each applicant’s academic and personal achievements.”
    Graduate students attending a degree-granting institution located in any country within an IPNI regional program are eligible. The award is available to graduate students in science programs relevant to palant nutrition science and the management of crop nutrients including agronomy, horticulture, ecology, soil fertility, soil chemistry, crop physiology, environmental science, and others.

  • UITM JUARA BERTAHAN SHELL ECO MARATHON ASIA 2015

    Pelajar cipta kenderaan mesra alam sekitar bagi memperingati nahas MH370

    MANILA, Filipina – Shell Ltd telah menganjurkan satu pertandingan Shell Eco Marathon Asia 2015 (SEM2015) di Luneta Park, Manila pada 26 Februari 2015 sehingga 1 Mac 2015 yang lalu. Pertandingan kereta ini dinilai dari segi konsep reka bentuk, sistem, dan kecekapan penjimatan tenaga yang digunakan. Pertandingan ini telah mendapat sambutan menggalakkan dari institusi pengajian tinggi kejuruteraan seluruh Asia khususnya Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Brunei, Singapura, United Arab Emirates, Japan, Pakistan, Egypt, Vietnam dan lain-lain.

    Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menghantar dua pasukan, UiTM ECO PLANET dan UiTM ECO SPRINT untuk menyertai pertandingan SEM2015 tersebut yang terdiri daripada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) UiTM. Kedua-dua pasukan ini telah menjuarai kategori masing-masing yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak US00.00. UiTM ECO PLANET telah menjuarai kategori Urban Concept: Hydrogen Fuel Cell dengan bernama RedHydro Kurita. Manakala UiTM ECO SPRINT telah menjuarai kategori Prototype: Hydrogen Fuel Cell dengan ciptaan kereta bernama -MH37017. Ini adalah tahun ke-dua berturut-turut UiTM memenangi kategori yang sama.

    Penasihat teknikal kumpulan tersebut, Zulqarnain Mat Zaki, berkata mereka tergerak untuk menghasilkan kenderaan yang berinspirasikan nahas kapal terbang MH370 kerana secara kebetulan mereka pulang ke tanah air pada 8 Mac 2014 hari yang sama kapal terbang tersebut dilaporkan hilang selepas memenangi pertandingan sama tahun lepas.

    “Kami mengambil keputusan untuk tidak hanya kembali ke pertandingan ini dengan kenderaan yang lebih baik, tetapi juga mencari jalan untuk memperingati mangsa nahas tersebut untuk pertandingan tahun ini,” Kata Zulqarnain, pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteran Elektrik yang merupakan pengurus kumpulan tahun lepas.

    Selari dengan tema UiTM ECO PLANET, pasukan tersebut telah mengekalkan nama haiwan iaitu ‘Kurita’pada kereta. Manakala, UiTM ECO SPRINT mengenakan tema penghormatan terhadap tragedi MH370 dan MH17. Pada malam penutup pertandingan tersebut, kesemua pasukan telah membawa identiti dan budaya dari negara masing-masing. Tidak terkecuali pasukan dari UiTM yang mengenakan pakaian tradisional Malaysia.

    Sebanyak 127 kumpulan daripada 17 negara termasuk 14 daripada Malaysia telah menyertai pertandingan tersebut tahun ini.

  • UITM JUARA SHELL ECO MARATHON ASIA 2015

  • Perakuan Status Swaakreditasi

    UiTM telah dipelawa oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk diberikan status swaakreditasi selaras dengan peruntukan yang terdapat di dalam Akta Agensi Kelayakan Malaysia. Pelawaan ini merupakan satu pengiktirafan yang bermakna buat UiTM khasnya

    Taklimat kepada semua universiti yang dipelawa telah diadakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 20 Mei 2014. Pihak pengurusan Universiti telah bersetuju untuk menerima pelawaan ini di mana fi sebanyak RM200,000.00 yang dikenakan oleh pihak MQA telah diluluskan dengan menggunakan peruntukan Dana Kecemerlangan UiTM.

    Dengan persetujuan ini, UiTM akan tertakluk kepada audit institusi yang akan dilakukan oleh Agensi Kelayakan Malaysia MQA. Sebagai badan yang menguruskan semua hal ehwal kualiti, InQKA telah diamanahkan untuk menyediakan laporan Portfolio Penilaian Kendiri UiTM (Self Review Portfolio atau SRP) untuk kegunaan audit tersebut dan juga menyelaras lawatan audit oleh MQA pada tahun ini. Selaras dengan itu, penulis laporan bagi setiap bahagian SRP telah pun dikenalpasti dan bengkel untuk Penulis Utama telah diadakan pada 8 Ogos 2014 manakala bengkel untuk kesemua ahli pasukan penulis laporan SRP telah diadakan pada 29 Ogos 2014.

    Untuk maklumat lanjut, sila muat turun fail di bawah.

  • Nasihat Kesihatan Sewaktu Cuaca Panas

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Negara sedang mengalami cuaca kering yang berpanjangan dengan terdapat sedikit hujan atau tiada hujan langsung. Ini boleh memberi kesan besar terhadap ekosistem, serta menjejaskan tahap kesihatan.

    Kesan Perubahan Iklim terhadap Kesihatan

    • Menjejaskan sumber bekalan air yang selamat, Boleh meningkatkan kes-kes penyakit penyakit bawaan air dan makanan serta cirit-birit.
    • Meningkatkan kes penyakit berkaitan sistem pernafasan serta penyakit kardiovaskular
    • Menyebabkan heat stroke khususnya di kalangan kanak-kanak dan orang tua

    Justeru beberapa langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.

    Anda perlu;

    • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
    • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh
    • Seboleh-bolehnya berada di dalam rumah/bangunan
    • Hadkan aktiviti luar
    • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan
    • Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
    • Menggunakan topi atau payung

    Elakkan;

    • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi
    • membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup
    • Bersenam dalam cuaca panas.

    Beberapa poster yang dilampirkan boleh dijadikan panduan.

    Terima Kasih.

  • Jadual Perlawanan Liga Premier 2015 - UiTM FC

    (Click to enlarge)

  • MISI OPS BANJIR DI KELANTAN

    MISI OPS BANJIR DI KELANTAN
    9 – 11 Januari 2015

    Sukarelawan UiTM Kampus Perubatan Sungai Buloh/Selayang dengan kekuatan seramai 27 orang terdiri daripada 21 lelaki dan 6 wanita telah bergerak ke UiTM Machang pada 9 Januari 2015.

    Misi Kemanusiaan Bencana Banjir ini lebih tertumpu di Kg. Sungai Satan iaitu kampung angkat UiTM Kelantan yang merupakan tempat pertama menerima kesan banjir, Kg. Kemubu dan kawasan perkampungan Dabong, dalam Daerah Jeli Kelantan. 20 orang sukarelawan pelajar UiTM Kampus Kelantan turut membantu mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir.

    Kawasan-kawasan ini merupakan antara tempat yang mengalami kerosakan teruk terutama kediaman mereka yang musnah sama sekali serta kemudahan awam termasuk stesen kereta api, sekolah, tadika, balai polis serta tempat permainan kanak-kanak. Bekalan air dan elektrik juga terputus. Penduduk terpaksa menggunakan segala sumber yang ada termasuk menadah air hujan untuk keperluan harian. Selain itu wabak penyakit juga sudah mula melanda terutama penyakit kulit, taun, tahap kesihatan kanak-kanak yang semakin teruk yang memungkinkan kes akan lebih cepat bertambah.

    Penduduk menerima baik dan bersyukur dengan kehadiran sukarelawan ke tempat mereka dan sedikit sebanyak memberi kelegaan apabila menerima bantuan yang amat diperlukan terutama khemah, selimut, lampin pakai buang dan bahan mentah.

    Misi kemanusiaan bencana banjir ini mendapat kerjasama dan bantuan penuh daripada Rektor UiTM Kelantan, Yang Berbahagia Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Hilmi Bin Ab. Rahman.

    Sukarelawan UiTM Kampus Perubatan Sungai Buloh/Selayang bersedia untuk turun padang sekali lagi sekiranya khidmat bakti mereka masih diperlukan.

    Berita oleh:
    ASP/PB Khairul Azman Bin Abu Bakar
    Ketua
    Pejabat Polis Bantuan,
    Kampus Perubatan/ Pergigian UiTM Kampus Sg. Buloh,
    Jalan Hospital, 47000 Sungai Buloh

  • PERMOHONAN KEMASUKAN SESI AKADEMIK 1 2015/2016 (UiTM)

    Permohonan kemasukan pelajar ke sesi Akademik 1 2015/2016 UiTM dibuka bermula pada 12 Januari 2015 sehingga 31 Mac 2015. Layari iklan kemasukan di http://online.uitm.edu.my/

    Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi

    Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP)
    Aras Bawah Bangunan UIC
    Universiti Teknologi MARA
    40450 Shah Alam
    Selangor

    No Telefon: (+603) 5544 3164 / 3166 / 3174
    Faks: (+603) 5544 3170
    Web: http://pengambilan.uitm.edu.my

    (Click to enlarge)

  • MANGSA BANJIR DITEMPATKAN DI INSTITUT LATIHAN UNIVERSITI (ILU) UiTM KG GAJAH PERAK

    Suasana Institut Latihan Universiti yang selama ini tenang dan damai berubah wajah umpama dilanda bah apabila seramai 875 orang mangsa banjir melibatkan 160 keluarga telah ditempatkan di Institut Latihan Universiti (ILU) UiTM Kampong Gajah Perak. Mereka mula dipindahkan sejak jam 12.00 tengah malam Ahad 28 Disember 2014 apabila air Sungai Perak melimpah dan menaiki kawasan pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Rendah Kebangsaan Dato Sagor Kg Gajah yang berada pada jarak 2 kilometer dari Sungai Perak pada malam tersebut. Kebanyakan mangsa merupakan penduduk kampung sekitar penempatan jajaran Sungai Perak , Pasir Salak , Pulau Tiga , Taman Perumahan Pejabat Daerah dan kawasan berdekatan.

    Lokasi penempatan mangsa di Ilu ditempatkan di Dewan Bankuet , Dewan Al Mawardi, Dewan Seminar Wawasan dan Banglo-Banglo kediaman. Keluarga yang terlibat bersyukur kerana kemudahan yang disediakan amat selesa. Urusan sajian turut dilaksanakan oleh Skuad Sayang dengan memanfaatkan kemudahan dapor Dewan Bankuet ILU. Alhamdulillah bekalan makanan yang diterima bertali arus dari berbagai pihak.

    Jabatan Kesihatan turut memainkan peranan penting memastikan kesihatan mangsa tidak terjejas dan petugas yang memasak turut terlibat dengan suntikan typhoid. Kemudahan tandas bergerak turut disediakan memandangkan kemudahan tandas terhad berbanding bilangan mangsa.

    Pengurusan ILU telah memberi kerjasama sepenuhnya dan kebajikan mangsa juga dijaga dengan baik. Agensi Kerajaan yang terlibat adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat , Jabatan Kesihatan Teluk Intan , RELA, JKKK, Skuad Sayang, NGO ,sukarelawan mahasiswa , SUK dan JKKK.

    Bagi mengisi masa yang terluang pengisian rohani turut disediakan bermula dengan solat maghrib berjemaah dan disusuli dengan tazkirah yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ewal Agama JAKIM.

    Prihatin dengan kesengsaraan yang dihadapi oleh mangsa banjir YAB Perdana Menteri telah mengadakan lawatan pada pagi 30 Disember 2014 untuk menemui mangsa-mangsa banjir dan meninjau kemudahan yang disediakan oleh petugas dan berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan. Turut hadir Ahli Parlimen Pasir Salak ,ADUN Kg Gajah dan Pegawai Kanan Negeri Perak.

    Disediakan oleh :
    Talib b Samad Jamil
    Ketua Institut Latihan Universiti (ILU)
    Kg Gajah Perak

    30 Disember 2014

Last Updated on Tuesday, 27 November 2012 15:21
 
Latest Events

There are no upcoming events currently scheduled.
View Full Calendar

Mini Calendar

March 2015 April 2015
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 10 1 2 3 4 5 6 7
Week 11 8 9 10 11 12 13 14
Week 12 15 16 17 18 19 20 21
Week 13 22 23 24 25 26 27 28
Week 14 29 30 31

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday51
mod_vvisit_counterYesterday169
mod_vvisit_counterThis week51
mod_vvisit_counterThis month9110
mod_vvisit_counterAll817550